Keistimewaan Mengamalkan Ayat
– ayat Hafazan Tingkatan 1 dan 2
1 . Pendahuluan ... Ayat – ayat hafazan tingkatan 1 dan tingkatan 2 termasuk dalam sebahagian kandungan bacaan AL – MA’THURAT . Mari kita memahami keistimewaan AL – MA’ THURAT itu sendiri .
2 . Manusia lahir di atas dunia ini dibekali dengan fitrah . Di samping itu manusia juga membawa nafsu dan keinginan yang selalu mewarnai corak kehidupan seseorang . Namun begitu Allah SWT telah membimbing manusia dengan wahyu dan akal yang ada pada dirinya sendiri , sehingga segala godaan dari syaitan dapat dihadapi dengan jiwa taqwa dan hati yang bersih .
Tidak semua jiwa mendapat hidayah dan bimbingan Allah , dan tidak semuajiwa mengetahui cara terbaik dalam mendekatkan diri dengan Yang Maha Agung . Sehingga ramai yang tersesat ke lembah kebodohan dan kenistaan hidup yang berpanjangan . Sesungguhnya keteguhan jiwa itu dapat dicapai dengan akidah yang kukuh , solat ,zikir , doa , istihgfar dan ibadah –ibadah lain yang dianjurkan Allah SWT untuk mengerjakanya .
Beramallah sesuai dengan anjuran Islam , iaitu seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Orang – orang mukmin yang sejati akan mengisi ruang masanya dengan berbagai-bagai amalan dan ibadah yang dapat mendekatkan dirinya dengan Allah SWT.
Bibirnya sentiasa basah dalam berzikir , membesarkan dan mengagungkan Yang Maha Mulia, kemudian ia berdoa untuk mengharapkan keredhaan Rabbi. Tiada sesuatu yang lebih bererti dalam kehidupan seorang insan melainkan mendapat keredhaan Allah SWT .
Dalam berzikir dan berdoa ada masa-masa yang tertentu diberikan oleh Allah agar zikir doa kita diterima dan dikabulkan-Nya. Alangkah lebih baik jika kita mampu mengisi setiap denyutan jantung kita dengan berzikir dan berdoa kepada-Nya . Kemudian menghayatinya sebagai sesuatu amalan yang tidak mungkin akan terpisah dari kehidupan kita. Kerana insan yang beriman , dikala pagi ia bertasbih dan berdoa, dikala petang ia tetap dengan keredhaan jiwanya dengan berzikir kepada-Nya. Dikala malam hari ia semakin menundukkan diri kepada Pencipta Yang Agung.
Allah SWT berfirman maksudnya:
“Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan bertasbihlah sambil memuji Tuhan-Mu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya. Dan bertasbihlah kamu kepadaNya di malam hari dan setiap selesai mengerjakan solat.”
(Qaaf: 39-40)
Berdasarkan firman Allah ini setiap individu baik sebaai pemimpin dalam rumah tangga, masyarakat dan negara serta para pendakwah hendaklah mengamalkan dan menghayati zikir al-Ma’thurat. Dengan membaca zikir-zikir yang diamalkan oleh Rasulullah ini bererti kita telah membentengi diri kita dengan senjata yang kukuh, sehingga terhindar dari gangguan syaitan yang terkutuk.
Oleh sebab itu Al-Syahid Imam Hassan al-Banna telah membina jalan yang baik untuk mengikut Sunnah Rasulullah SAW. Beliau telah memilih dan menyusun Al-Ma’thurat dengan mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan syaitan yang penuh angkara murka. Maka alangkah baik setiap diri muslim mengamalkan zikir al-Ma’thurat ini pada setiap pagi dan petang, siang dan malam.
3. DI ANTARA K EUTAMAAN BACAAN AL-MA’THURAT
Al-Ma’thurat dimulai dengan ucapan “Aku bermohon perlindungan Allah, Maha Mendengar Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang direjam”, mengandungi erti bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan aktiviti harus menyerahkan diri kepada-Nya. Ucapan itu juga menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allah, kemudian berusaha untuk terhindar dari sesuatu yang dapat menyesatkan jiwa seseorang dari mengingat Allah.
Dari Annas ra. Rasulullah SAW bersabd maksudnya:
“Siapa yang mengucapkan diwaktu pagi ucapan:
أَعُوذُ بالله السَّمِيعِ الْعَلِيم مِنَ الشَيطَانِ الرَّجِيمِ
“Maka ia dilindungi dari gangguan syaitan yang direjam hingga ke petang”
(Riwayat ibn Al-Sunni)
Bacaan Al-Fatihah dalam zikir Ma’thurat merupakan bacaan yang agung. Mengandungi pahala yang besar jika membaca dan menghayatinya. Rasulullah bersabda maksudnya: “Demi Allah yang nyawaku di tangan-Nya belum ada surah yang diturunkan di dalam Taurat, Injil, Zabur atau Furqan yang menandinginya. Dialah tujuh Mithani dan Quran yang agung yang diberikan kepadaku.”
Membaca surah al-Baqaaarah dalam zikir Ma’thurat juga memerolehi pahala yang besar. Dari Ibnu mas’ud, Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa membaca sepuluh ayat dari surah al-Baqarah di awal siang nescaya ia tidak didekati oleh syaitan sampai petang, jika dibaca waktu malam nescaya syaitan tidak akan dilihatnya apa-apa yang buruk menimpa keluarganya atau hartanya.”
(Riwayat Al-Darami dan Baihaqi)
Membaca ayat kursi juga terhindar daripada gangguan syaitan. Dari Ibnu Mas’ud sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
“Siapa yang membaca sepuluh ayat, ayat-ayat surah al-Baqarah, ayat Kursi, dua ayat selepasnya dan hujung surah al-Baqarah nescaya syaitan tidak akan masuk dalam rumahnya sampai pagi.”
(Riwayat Tabrani dan Hakim)
4.PENUTUP
Begitulah semua bacaan dan zikir yang terkandung dalam zikir Ma’thurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap utusanNya Nabi Muhammad SAW . Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa yang ingin menghayatinya dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Semoga umat Islam semuanya dalam mencari kebenaran di dunia ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan